Sep 29, 2010

Kesedaran...

Alhamdulillah ummat Islam telahpun melengkapkan ibadah puasa selama sebulan (bagi yang berkemampuan) dan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriahnya. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita dapat dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun akan datang. Aamin..

Syukur kepada ALlah S.W.T kerana Qhazanah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sepanjang Ramadhan yang lalu. Seorang sahabat telah menyatakan kesyukurannya kerana dengan izin Allah dan mengamalkan Qhazanah, beliau dapat menunaikan solat sunat Terawih sebanyak 20 rakaat tanpa rasa penat. Syukur Ya Allah. Berkat makanan sunnah yang telah sekian lama kita tinggalkan, berkat doa di dalam bulan Ramadhan, insyaAllah akan dipermudahkan segala urusan.

Tapi masih ada juga diantara kita yang masih samar-samar akan kebaikan dan kelebihan makanan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Mungkinkah kerana terlalu banyak dan lambakan supplemen2 lain di pasaran menjadikan mereka ini memandang enteng akan kelebihan makanan sunnah.

Sedih dan amat menyedihkan apabila ramai diantara ummat Islam tidak mahu memartabatkan makanan yang tiada tandingannya di dunia ini. Segala khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan kita telah tertulis di dalam Al-Quran dan sunnah, iaitu makanan-makanan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah yang terbaik.

Walau apapun, setiap manusia ada pandangan dan pendapat mereka sendiri. Yang terbaik adalah menyampaikan, setiap kata-kata yang telah disampaikan adalah lebih bermakna daripada mengharapkan balasan yang diinginkan. Qhursanee di sini hanya ingin berkongsi kebaikan bersama anda.

No comments:

Post a Comment

Search this blog