Jul 1, 2010

Peraduan Teka Kismis di WMC 26 - 27 Jun 2010 ( Bukit Jalil)

Salam Muhibah...

Alhamdulillah Qhursanee Enterprise berjaya menyebarkan kebaikan makanan sunnah di Bukit Jalil pada 26 - 27 Jun 2010 dengan jayanya. Kami bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi kami kesihatan yang baik sepanjang berlangsungnya karnival WanitaMelayu.Com ini untuk menjalankan tanggungjawab kami sebagai Pembawa Makanan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Kepada para pembeli Qhazanah Sunnah, diharapkan kalian dapat meneruskan amalan pemakanan sunnah ini sebagai makanan tambahan harian kalian sehari-hari.

Peraduan Teka Kismis

Pihak Qhursanee ingin memohon maaf di atas kelewatan mengumumkan nama pemenang untuk peraduan ini disebabkan perkara-perkara tertentu.

Berikut merupakan senarai peserta yang mengambil bahagian dalam peraduan ini:


Jumlah sebenar kismis di dalam botol adalah 1818 biji.

dan... pemenangnya !!!!

Aminah daripada Gombak. Jawapan paling hampir...iaitu beza hanya 182 biji.

Tahniah kepada Aminah, jumlah yang diteka menghampiri jumlah sebenar...iaitu 2000 biji. Di sebabkan terdapat 2 pemenang meneka dengan jumlah yang hampir, pihak Qhursanee memilih penyertaan yang terawal. Tahniah sekali lagi kepada pemenang. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki untuk semua peserta. Aamin..

Pemenang hendaklah menghubungi pihak Qhursanee sebelum 6 Julai untuk proses pemberian hadiah yang berupa Kad Nilai Prabayar RM 10. Jika pemenang gagal untuk menghubungi kami, hadiah tersebut akan terbatal secara automatik.

Hubungi Kami di :
019-2831264 / 012-2234973
(Wafi / Fazlina)

No comments:

Post a Comment

Search this blog